Thursday 30 June 2011

Balasan meninggalkan solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam
masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun
berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut
orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka
Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar
rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini
bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang
muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun
bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para
sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah
menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya
kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh
ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti
akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua
hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah
S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat."


Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama
.
Maka inilah balasannya.

No comments:

Post a Comment