Sunday, 18 December 2011

Cantik itu bermakna, cantik itu bahagia.

Cantik itu bermakna,
Pada mata menawan pandangannya selalu tunduk,
Pada wajah yang selalu basah di kala wudhu,
Pada bibir berzikir tawadhu,
Pada nafsu, Iman memujuk,

Cantik itu bahagia,
Pada jasad amanah sebaiknya dijaga,
Pada suara mengajak berdakwah,
Pada baju labuh menjaga maruah,
Pada cinta yg hak terpelihara.

Justeru,
Sabar mengajar,
Redha dikejar,
Beruntunglah wanita yang dilihat,
kalimah Allah di lidah terpahat,
Berbahagialah wanita yang diuji,
merasa diri sering diperhati,
Malu menjadi pendinding diri,
Kerana pandangan hati lebih utama,
Pandangan Tuhan segala-galanya,
Maka Hijabkan dirimu,
Pelihara amanahmu,
Itulah kecantikan yang abadi,
Itulah kebahagiaan yang dicari,

Insya-Allah, ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment