Tuesday, 28 February 2012
9 sebab hati tidak tenang
9 Sebab Hati Tidak Tenang!
1. Pemarah
2. Pendendam
3. Hasad dengki
4. Bakhil
5. Tamak
6. Tidak sabar
7. Ego
8. Riak
9. Cinta Dunia
Firman Allah S.W.T:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya. (Ar-Rad: 28-29)
Dialah yang menurunkan Sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Al-Fath: 4)
Berkata al-Ghazali Rahimullah“Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”
Kaedah mengubati penyakit hati:
1)Mujahadah (berjihad terhadap dirinya)
2)Muhasabah (wajib memeriksa dirinya)
3)Muraqabah (Mengintip segenap gerak-gerinya)
4)Muraja’ah (kembali ke jalan yang benar)
Dengan kaedah tersebut dia benar-benar dapat menguasai dirinya dan berjaya membersihkan dirinya serta mengawasi hatinya sebagaimana janji Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah berjayalah sesiapa yang membersihkan dirinya".
(surah al Syams 91 : 9)
copy paste from a friend of mine from facebook =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment